Site icon Kool FM

Sultan Perak Perkenan 625 Warga Pendidik Baca Khutbah Jumaat Hari Ini

Sultan Perak Perkenan 625 Warga Pendidik Baca Khutbah Jumaat Hari Ini


Bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan penting warga pendidik kepada rakyat dan negara, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al-marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, telah menitahkan agar Khutbah Jumaat di seluruh negeri Perak pada 15 Mei 2026, hari ini, bertemakan guru.

Inisiatif ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2026.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, baginda telah memperkenankan agar warga pendidik diberikan penghormatan khas untuk menjadi khatib jemputan.

Memetik kenyataan rasmi Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPK), Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengemukakan 625 nama guru yang kemudiannya mendapat perkenan baginda untuk menaiki mimbar dan membaca khutbah bertajuk ‘GURU BERHIKMAH…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version