
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Dr. Malik Yatam, penerima pengampunan penuh tahun 2024 yang melakar sejarah sebagai banduan pertama memperoleh Ph.D di dalam penjara.
Dalam pertemuan tersebut, Baginda turut meluangkan masa bertanyakan perkembangan terkini serta hala tuju kerjaya Dr. Malik bagi fasa kehidupan baharu beliau.
“Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Malik dan baginda merasakan beliau layak diberi peluang kedua.
“Baginda sudah mempertimbangkan pengampunan sebaik melihat semua faktor yang disembah maklum semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.
“Baginda turut menasihatkan Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf hidup,” demikian kenyataan Selangor Royal Office hari ini.
Menurut maklumat daripada Selangor Royal Office, sesi menghadap yang menjangkau tempoh hampir sejam itu diselubungi suasana hening dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: