KUALA LUMPUR – Kerajaan optimis sumbangan daripada ekonomi digital mampu menyumbang 30 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang tahun 2030.
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya melihat sasaran itu sebagai sesuatu yang boleh dicapai, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan sasaran ekonomi digital untuk menyumbang 25.5 peratus daripada KDNK tahun ini.
“Melangkah ke hadapan, kami pasti akan melihat lebih banyak pelaburan berkaitan ekonomi digital, yang mana Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menguruskan soal pembinaan ekosistem diperlukan di sini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancaran Sidang Kemuncak Malaysia Digital Xceleration (MDX) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Acara selama tiga hari bermula semalam, anjuran MDEC dengan kerjasama strategik Synapze Sdn. Bhd. itu mengetengahkan tema ‘Catalysing Malaysia’s…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: