
PETALING JAYA – SumiSaujana Group Berhad (SumiSaujana) pengeluar bahan kimia khusus minyak dan gas, merekodkan hasil sebanyak RM42.2 juta pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026, naik 100.7 peratus berbanding RM37.8 juta
Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) mengukuh kepada RM3.6 juta berbanding RM3.4 juta sebelumnya, mencerminkan daya tahan operasi yang berterusan dan inisiatif pengurusan kos yang berdisiplin.
Pada suku yang sama, pertumbuhan pendapatan Kumpulan didorong terutamanya oleh sumbangan yang lebih kukuh dari Malaysia dan kawasan geografi lain.
Malaysia menyumbang RM9.4 juta pada suku tersebut, jauh lebih tinggi daripada RM3.1 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
Thailand kekal sebagai penyumbang geografi terbesar Kumpulan dengan pendapatan sebanyak RM13.5 juta, diikuti oleh Indonesia pada RM4.7 juta. Manakala Amerika Syarikat dan Oman masing-masing menyumbang RM4.0 juta dan RM2.5 juta.
Keuntungan kasar bagi suku tersebut berjumlah RM11.1…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: