Kool FM

‘Sumpah Lembut Dan Tahan Lasak’


Dalam satu hantaran yang tular baru-baru ini, seorang individu telah mencetuskan kemarahan orang ramai selepas dengan bangganya mengaku “merembat” atau mengambil harta benda hospital, iaitu kain napkin, untuk kegunaan peribadi.

Apa yang lebih mengejutkan, tindakan tersebut bukanlah satu kesilapan yang tidak disengajakan, sebaliknya telah berlarutan selama bertahun-tahun.

Menurut luahan individu tersebut, kain napkin hospital itu mula diambil sejak kelahiran anak pertamanya. Kini, anak keduanya sudah pun berusia 9 bulan, bermakna harta hospital tersebut telah berada dalam simpanannya selama hampir empat tahun.

Individu berkenaan memuji kualiti kain tersebut dengan menyifatkan ia sebagai “sumpah lembut dan tahan lasak,” yang seolah-olah menjadi alasan untuk dia menyimpan barangan tersebut tanpa rasa bersalah.

'Sumpah Lembut Dan Tahan Lasak' - Individu Bangga Rembat Kain 'Napkin' Hospital Undang Kecaman Netizen
Sumber Gambar: Threads

Bukan seorang, malah terdapat individu lain yang turut berbuat sedemikian dan berbangga di media sosial…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version