Pernah dengar tentang Jerunei? Kalau ikut sejarah, Jerunei ini adalah pengebumian bagi golongan bangsawan masyarakat Melanau.
Bagaimana upacara Jerunei ini dilakukan? Anda kena lah tengok filem Sumpahan Jerunei. Dalam filem ini, bukan hanya ada elemen misteri dan seram, ianya juga ada elemen sejarah yang dapat membuka mata anda kepada kisah masyarakat Melanau yang mungkin ramai tak tahu.
Sumpahan Jerunei adalah hasil karya seni oleh Produksi Seni 2020, arahan Pengarah Jason Chong, dibintangi barisan pelakon hebat tanah air, antaranya Bront Palarae, Uqasha Senrose, Amerul Affendi, Daiyan Trisha, Syafie Naswip, Tony Eusoff dan pelakon veteran Ruminah Sidek yang sering kita lihat dalam filem-filem seram.
Filem ini mengisahkan tentang Dr. Sani dan pasukannya yang pergi mencari isterinya yang hilang ketika ekpedisi mengkaji Jerunei. Ketika mereka tiba di hutan untuk mencari jawapan, ada sahaja gangguan yang dialami mereka. Tengok trailer je, dah boleh buatkan bulu roma meremang!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem ‘Sumpahan Jerunei’ yang mula ditayangkan pada 27 Julai 2023 di seluruh pawagam di Malaysia.
*Cover image via Produksi Seni 2020

