
PETALING JAYA – Sunway Healthcare Group (SHG) melabur kira-kira RM800 juta untuk membangunkan Sunway Medical Centre Iskandar Puteri (SMCIP), hospital tertiari pelbagai kepakaran dengan kapasiti lebih 400 katil yang dijangka siap pada 2030.
SMCIP dirancang untuk mempunyai Pusat Kanser dan Perubatan Nuklear bersepadu yang menawarkan perkhidmatan radioterapi dan perubatan nuklear.
Selain itu, hospital berkenaan akan memberi tumpuan kepada beberapa bidang kepakaran utama termasuk kardiovaskular, onkologi, neurosains, gastroenterologi dan hepatologi, ortopedik serta kesihatan wanita dan kanak-kanak.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, Lee Ting Han berkata, pembangunan SMCIP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi Johor selain melengkapi usaha kerajaan negeri memperkukuh ekosistem penjagaan kesihatan.
“Projek ini bukan sahaja memperluas akses kepada rawatan pakar berkualiti, malah dijangka mewujudkan peluang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: