IPOH – Pembangunan hospital swasta terbaharu, Sunway Medical Centre Ipoh membabitkan nilai pelaburan melebihi RM430 juta memperkukuh kedudukan bandar raya ini sebagai hab kesihatan bersepadu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kehadiran hospital kelima dalam rangkaian Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (Sunway Healthcare Group) itu bukan sahaja memperluas akses kepada rawatan moden untuk rakyat, malah melengkapkan peta pelaburan kesihatan negara.
Katanya, ia juga mencerminkan kemajuan besar dan kemampuan negeri Perak dalam menerima serta memanfaatkan teknologi perubatan bertaraf antarabangsa.
“Hari ini kita menyaksikan bagaimana usaha berterusan memperkasa ekosistem kesihatan negeri diterjemahkan melalui kemudahan bertaraf dunia oleh Kumpulan Sunway.
“Kehadiran hospital ini membuktikan keyakinan pelabur terhadap potensi negeri ini sebagai destinasi utama pelaburan dan pelancongan kesihatan di utara tanah air,” katanya dalam sembah ucapan pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: