Site icon Kool FM

Sunway Property perkenal perkhidmatan Handyman


PETALING JAYA – Sunway Property memperkenalkan perkhidmatan Handyman yang tersedia untuk tempahan bermula hari ini, bersempena dengan ulang tahun kedua pelancaran inisiatif selepas jualan komunitinya, Sunway Property+.

Sunway Property+ ialah program gaya hidup selepas jualan komprehensif untuk pembeli rumah, pembeli rumah sub-jualan dan penyewa. Ia terdiri daripada tiga tonggak utama iaitu Care+, Rent+ dan Reward+.

Care+ menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan rumah yang berkualiti, Rent+ menawarkan kredit sewa yang boleh dipindahkan kepada pembelian hartanah, manakala Reward+ memberikan keistimewaan dan faedah eksklusif kepada komunitinya termasuk diskaun istimewa dan acara eksklusif.

Handyman, di bawah tonggak Care+ menawarkan pelbagai penyelesaian penyelenggaraan dan bantuan dalam tugasan di sekeliling rumah termasuk servis penghawa dingin, bantuan menanggalkan dan menggantung langsir, memasang perabot yang dibeli dalam talian, mengganti mentol lampu, perkhidmatan elektrik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version