
PETALING JAYA – Sunway Bhd. mengumumkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk memperoleh semua saham biasa dalam IJM Corporation Berhad (IJM) pada harga tawaran RM3.15 sesaham, dengan jumlah pertimbangan RM11 bilion.
Sebanyak 10 peratus daripada jumlah pertimbangan tersebut akan diselesaikan secara tunai manakala 90 peratus lagi melalui penerbitan baharu saham biasa Sunway, pada harga RM5.65 setiap saham.
Sebagai contoh, bagi lot 1,000 unit saham IJM, pemegang saham akan menerima RM315 secara tunai dan kira-kira RM2,835 dalam bentuk 501 unit saham Sunway.
Secara keseluruhan, pertimbangan tersebut akan diselesaikan secara tunai sebanyak RM1.1 bilion dan penerbitan saham baharu Sunway bernilai RM9.9 bilion. Pertimbangan tunai akan dibiayai melalui gabungan pembiayaan hutang dan dana yang dijana secara dalaman.
Harga tawaran itu mewakili premium 14.55 peratus kepada harga penutupan terakhir IJM, iaitu RM2.75 sesaham. Sunway dan IJM mengumumkan dagangan saham…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
