Site icon Kool FM

Supachai Pastikan Kejayaan Thailand Atasi Kyrgyzstan

Thailand Kyrgyzstan


Thailand bermula dengan langkah kanan dalam saingan Piala Asia 2023 selepas berjaya menundukkan Kyrgyzstan 2-0 pada aksi pembukaan kumpulan F yang berlangsung di Abdullah bin Khalifa Stadium, sebentar tadi.

Kejayaan menundukkan lawan di ranking ke-98 dunia itu menyaksikan Thailand menjadi satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara (ASEAN) yang meraih kemenangan pada perlawanan pertama.

Artikel Berkaitan:

Hal ini kerana tiga lagi wakil ASEAN iaitu Vietnam, Indonesia dan Malaysia tewas kepada lawan masing-masing.

Supachai Chaided muncul wira buat Thailand apabila penyerang berusia 25 tahun itu menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

Beliau hampir meletakkan skuad kendalian Masatada Ishii dihadapan pada minit ke-14 tetapi jaringannya dibatalkan kerana beliau dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Memasuki minit ke-22, Suphanat Mueanta pula mendapat peluang terbaik untuk menjaringkan gol, namun percubaannya selepas melepasi kawalan pertahanan lawan sekadar singgah di palang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version