Penyerang muda kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta mencipta sejarah baharu apabila muncul pemain pertama dari negaranya yang menjaringkan gol dalam liga divisyen utama Belgium, Jupiler Pro League 2023/24.
Jaringan beliau di minit 89 turut membantu kelabnya, OH Leuven meraih 3 mata penuh selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas K.A.S Eupen semalam.
Artikel Berkaitan:
The first goal in Europe. Suphanat Mueanta 3-0 #OHL pic.twitter.com/2yonSdtzmo
— ↜ lll ⓜⓐⓒ ⊝ ⓤⓣⓓ lll ↝ (@Macutd) December 26, 2023
Suphanat menyertai OH Leuven secara pinjaman dari Buriram United pada bulan September lalu selama setahun. Kelab tersebut sebelum ini pernah meminjam penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan selama dua musim.
Berdasarkan rekod, setakat ini Suphanat telah beraksi dalam 7 perlawanan bersama skuad utama OH Leuven dan meraih 191 minit permainan.
Sebelum ke Belgium, beliau beraksi sebanyak 101 perlawanan bersama Buriram dimana beliau menjaringkan 24 gol dan menyumbang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: