
Sepucuk surat daripada mendiang vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditujukan kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin ditemui semula selepas lebih dua dekad disimpan.
Surat berkenaan ditemukan semula oleh bekas pengurus Siti, Rozi Abd Razak ketika sedang mengemas rumah.
Rozi kemudian berkongsikan penemuan tersebut menerusi Threads, sekali gus mengimbau kembali kenangan ketika dia dan Siti menghadiri MTV Asia Awards di Bangkok, Thailand pada 2005.
Menurut Rozi, surat berkenaan dihantar ke bilik hotel mereka dan disimpannya sehingga kini.
Rozi menulis di Threads: “Beberapa bulan lalu, saya ada cerita perkara ini sewaktu live bersama Datuk Siti Nurhaliza.
“Tengah saya mengemas, saya terjumpa semula surat dari mendiang Chester [Linkin Park] 21 tahun yang lalu.
“Surat ini sampai ke bilik hotel saya & Datuk Siti Nurhaliza, dan saya simpan sampai sekarang,” tulis Rozi yang menyatakan bahawa dia cuma mahu mengimbau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: