Site icon Kool FM

Surcaj RM2 Pergi Thailand Dari Perlis Masih Dalam Kajian

Surcaj RM2 Pergi Thailand Dari Perlis Masih Dalam Kajian


Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyatakan cadangan kerajaan negeri Perlis untuk mengenakan surcaj RM2 kepada pelancong yang keluar dan masuk ke negeri ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Wang Kelian masih di peringkat kajian.

Menurut beliau, pihaknya sudah mengemukakan cadangan awal kepada kerajaan pusat menerusi Kementerian Kewangan (MOF) dalam mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu, petik Harian Metro.

“Cadangan (mengenakan surcaj) ini sudah pun dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam satu mesyuarat dan maklum balas yang kita terima agak baik di mana perancangan ini sedang berada dalam peringkat kajian.

“Kita ingin melaksanakan langkah ini yang modelnya diambil seperti pelaksanaan kutipan di sempadan Malaysia-Singapura di Johor Bahru di mana kenderaan yang memasuki atau keluar dari negeri itu dikenakan surcaj,” katanya.

Tambah beliau lagi, masih belum ada sebarang mekanisme…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version