Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor ditahan di Jalan Bayam, petik Harian Metro.
Suspek, Hafizul Hawari, 38, ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana iaitu beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan jam 3 petang.
Baca Juga:
Menurut sumber kepada Harian Metro, suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
Katanya, suspek ditahan di hadapan Hospital Pakar Perdana dan berlaku pergelutan sebelum dia berjaya ditahan.
“Ketika ditahan berlaku pergelutan dan suspek seorang diri,” katanya.
Turut dirampas pistol yang dipercayai digunakan ketika kejadian.
Terdahulu, polis mengesahkan suspek kes tembakan Hafizul Hawari, 38, sudah ditahan di Kota Bharu, Kelantan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata suspek ditahan di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: