Site icon Kool FM

Suspek Tersilap Serang Haresh Deol, Disangka Lelaki Yang Ganggu Isterinya


Suspek yang menyerang wartawan Haresh Deol telah tersilap identiti menurut polis Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dalam kenyataannya berkata, suspek dipercayai mahu menyerang individu lain kerana masalah peribadi selepas isterinya diganggu.

Dan suspek kemungkinan tersilap identiti dan menyerang Haresh Deol dalam kejadian yang berlaku di Bangsar.

Dipetik daripada laporan Harian Metro, Fadil berkata: “Ia (motif) seperti ada gangguan terhadap isteri dia (suspek) jadi lebih kepada peribadi namun nampak macam salah sasaran pun ada kerana dia mahu pukul yang kacau isterinya tetapi salah orang.

“Bagaimanapun, kita akan bandingkan dengan semua keterangan dan siasatan lanjut masih dijalankan.”

Fadil menambah, pihaknya sedang dalam proses menyiapkan kertas siasatan untu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk proses pertuduhan. Dan setakat ini hanya ada seorang suspek sahaja yang direman.

Sebelum itu, Haresh Deol…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version