
Pasukan kebangsaan Switzerland menerima amaran luar biasa menjelang Piala Dunia 2026 selepas kawasan kem latihan mereka di San Diego, California, dikenal pasti sebagai habitat ular berbisa.
Pihak pasukan dan Swiss FA sendiri berkongsi pelan kem latihan yang menunjukkan satu kawasan besar berlabel “Snake Area” (Kawasan Ular) di sekeliling padang latihan.
Previu Kumpulan B Piala Dunia 2026: Kanada Mahu Pamer ‘Heavy Metal Football’ Di Bumi Sendiri
Yang lebih membimbangkan adalah, kawasan ular yang dilabel berwarna merah itu mengelilingi hampir keseluruhan kawasan luar pagar kompleks latihan mereka.
Oleh itu FA Switzerland mengeluarkan kepada pemain dan staf supaya lebih berhati-hati ketika berada di kawasan berkenaan kerana bimbang dengan ancaman ular berbisa.
San Diego sememangnya terkenal dengan kehadiran beberapa spesies ular seperti rattlesnake yang berbisa, termasuk Southern Pacific rattlesnake yang sering ditemui di kawasan tersebut.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: