Switzerland memastikan Itali pulang dengan lebih awal dalam kempen Euro 2024 selepas berjaya menundukkan juara bertahan itu 2-0 pada aksi pusingan 16 yang berlangsung di Olympiastadion, Berlin sebentar tadi.
Ketika Itali dilihat pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir, Switzerland jelas tidak menghiraukan ramalan tersebut.
Baca Juga:
Ia dibuktikan dengan dominasi ditampilkan anak buah Murat Yakin terutamanya pada separuh masa pertama.
Mereka mendapat peluang terbaik pada minit ke-24 selepas Breel Embolo hanya berhadapan dengan Gianluigi Donnaruma, namun penjaga gol Itali itu cemerlang menafikan percubaan dalam kawasan penalti tersebut.
Kem Switzerland melonjak kegembiraan pada minit ke-37 apabila percubaan Remo Freuler setelah menerima hantaran lintang daripada Ruben Vargas tidak mampu diselamatkan Donnaruma untuk memisahkan kedua-dua pasukan.
Fabian Rieder hampir menambah jaringan buat Switzerland ketika permainan memasuki masa kecederaan babak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: