Site icon Kool FM

Syafiq Ahmad Kempunan Kembali Ke Harimau Malaya Akibat Kecederaan

Kedah


Hasrat penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad untuk kembali beraksi bersama skuad Harimau Malaya tidak kesampaian apabila terpaksa digugurkan akibat kecederaan.

Menurut pengendali pasukan, Kim Pan Gon, tempat Syafiq digantikan dengan pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri  Yahya yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia.

Selain Syafiq Ahmad, antara pemain lain yang terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan ialah Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales.

Kem latihan skuad Harimau Malaya bermula hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei.

Kim Pan Gon telah menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini bergabung dengan beberapa muka baharu.

Antara pemain baharu yang tersenarai ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC), Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim),…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version