Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) rancak membawa masuk pemain baharu untuk saingan Liga Malaysia musim 2022 apabila mengumumkan Syahir Bashah sebagai rekrut ketujuh pasukan itu untuk memperkuatkan jentera tengah.
Berasal dari Ipoh, Perak beliau baru sahaja memulakan karier bola sepak profesionalnya dua tahun lepas bersama Perak FC II kemudian dinaikkan pangkat ke pasukan senior Perak FC musim lalu untuk 12 perlawanan.
Menurut kenyataan rasmi, pemain yang berusia 20 tahun ini telah menarik minat ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berdasarkan prestasinya dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia 2021.
🔴 🟡 #SyahirIsRED 🔴 🟡
Syahir Bashah hari ini secara rasmi diumumkan sebagai pemain tempatan baharu #GergasiMerah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022.
Untuk maklumat lanjut sila layari https://t.co/DIuHO8Ihc5 atau pautan ini :
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
