Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Syaiful Zero Perjelas Dakwaan Kutipan Derma Untuk Tujuan Peribadi

today7 February 2026

Background
Syaiful Zero Perjelas Dakwaan Kutipan Derma Untuk Tujuan Peribadi – ‘Tengok Video TikTok Saya’


Pelawak Syaiful Zero tampil menjelaskan dakwaan mengutip sumbangan yang dikutip digunakan bagi kepentingan peribadi.

Artikel Berkaitan: Sharif & Syaiful Zero Dinobat Juara Famili Duo Musim Ketiga, Bawa Pulang RM100,000

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lepas Ni Kau Tunggu Surat Saman!’ – Ajai

Pemilik nama Mohd Saiful Doli Sharif itu menjelaskan sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk tujuan sedekah yang dilakukan secara konsisten pada setiap hari bekerja.

Jelas Syaiful, orang ramai boleh melihat sendiri perkongsian video itu di akaun TikTok miliknya.

Senang-senang tengok video di tiktok saya. Setiap Isnin sehingga Khamis buat infaq kuih, nasi lemak 50 bungkus.

Infaq Jumaat nasi lemak akan dia agihkan ke masjid dan surau. Selebihnya duit itu diagihkan ke anak-anak yatim piatu.

Dalam pada itu, Syaiful turut memaklumkan dia banyak berkongsi video di media sosial bagi memastikan aktiviti infaq itu disampaikan secara telus.

Banyak lagi video-video setiap Jumaat infaq nasi lemak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post