Pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba menjadi mangsa serangan berbaur perkauman yang dilakukan oleh segelintir rakyat Indonesia di laman media sosial baru-baru ini.
Syamer merupakan salah seorang pemain yang dipilih sebagai model untuk memperagakan jersi baharu skuad Harimau Malaya yang dihasilkan oleh Puma dalam satu majlis pelancaran baru-baru ini.
Baca Juga:
Video yang menunjukkan Syamer ditemu bual oleh pengamal media selepas acara pelancaran selesai dimuat naik di laman YouTube akan tetapi dirosakkan oleh komen mengenai perkauman dari segelintir warga Indonesia.
Ada individu yang menulis kata-kata kasar dengan menyebut warna kulit Syamer Kutty Abba sambil mengatakan beliau beraksi untuk negara India bukan Malaysia.
Ada juga warga yang menulis komen dengan memberi gelaran ‘Malaydesh’ yang bermaksud kacukan antara Malaysia dan Bangladesh kepada pemain berusia 27 tahun itu.
Ini bukan kali pertama warga dari negara seberang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
