Kool FM

Syanie Pernah Buat Bariatrik, Enggan Kurus Lagi


Pelakon Syanie mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan bariatrik pada 2009 selepas berat badannya mencecah 220 kilogram.

Artikel Berkaitan: Syanie Buat Pembedahan ‘Gastric Bypass’ Bukan Untuk Kurus, Tapi Demi Kesihatan – ‘Waktu Itu Berat Saya 220KG’ 

Artikel Berkaitan: ‘Ada Satu Atau Dua Tawaran Dalam Tempoh Setahun’ – Syanie Dakwa Kurang Dapat ‘Job’ Sejak Berhijab

Syanie pernah buat bariatrik

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Syaniza Hisham, 52, berkata, prosedur tersebut dilakukan bukanlah untuk kelihatan cantik semata-mata sebaliknya atas faktor kesihatan.

Pada tahun 2009 memang saya dah buat bariatrik. Masa tu berat saya 220 kilogram dan sekarang 120 hingga 130 kilogram. Jadi, saya dah turun satu manusia dah.

Bagi saya, saya buat bariatrik pun sebab saya nak sihat, bukan sebab saya nak cantik atau kurus. 

Tambah pelakon filem Zim Zim Ala Kazim itu lagi, bentuk badannya juga sudah menjadi sebahagian daripada identiti dirinya sejak mula menceburi bidang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version