KEMAMAN – Menimba pelbagai ilmu perniagaan berkaitan klinik pergigian memberi banyak peluang dan ruang kepada Dr. Syarifah Fazlina Syed Fadzil menjadi lebih berani mencabar diri berdepan dengan pelbagai rencah berniaga dalam industri tersebut.
Bukan mudah untuk berdiri dengan kaki sendiri jika sebelum ini Pengasas Kumpulan Klinik Pergigian Syarifah berada dalam zon selesa setelah berkhidmat di klinik perniagaan kerajaan selama empat tahun.
Berbekalkan restu dan semangat daripada keluarga, Syarifah Fazlina, 40, yang berkelulusan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan langkah kanan dengan membuka kliniknya sendiri di Taman Geliga Sakti, Kemaman, Terengganu pada tahun 2008.
Komitmen dan usaha jerih perihnya itu kini membuahkan hasil dan empayar perniagaannya semakin berkembang maju dengan memiliki lapan cawangan termasuk yang terbaharu di Binjai, Kemaman, Terengganu.

“Bekerja sebagai penjawat awam memang selesa, namun jiwa saya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: