Site icon Kool FM

Syarikat Bumiputera peroleh kontrak ECRL RM2.66 bilion


PETALING JAYA – Nilai kontrak bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah dianugerahkan kepada pihak kontraktor, perunding dan pembekal Bumiputera setakat 30 November 2023 adalah sebanyak RM2.66 bilion.

Pemilik projek berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) berkata, angka berkenaan adalah 76.07 peratus dari sasaran RM3.5 bilion.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.69 bilion dianugerahkan kepada syarikat kontraktor Bumiputera, RM0.28 bilion kepada syarikat perunding Bumiputera dan RM0.69 bilion kepada syarikat pembekal Bumiputera.

“Sejak tahun 2017 sehingga kini, pihak MRL dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC), selaku kontraktor utama telah bekerjasama dengan kerajaan negeri terlibat iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang serta Selangor bagi mempertingkatkan penglibatan kontraktor Bumiputera.

“Usaha untuk memperkasa penglibatan Bumiputera dalam projek ECRL sentiasa menjadi keutamaan sungguhpun perkara ini tidak termaktub di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version