Pada hari semalam Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah membatalkan lesen operasi syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang terpalit dengan kontroversi membabitkan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.
Tindakan diambil MPBP itu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Kecil 13 (2) dan Undang-Undang Kecil 49 (2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPBP) 2016.
Baca Juga:
Menerusi satu hantaran Facebook, pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan, ia dilakukan selepas syarikat terbabit didapati melanggar syarat aktiviti lesen perniagaan yang diluluskan iaitu stor dan pengedar kasut.

Notis itu diserahkan oleh Yang Dipertua MPBP, Ezahar Abu Sairin kepada Pengarah Urusannya, Soh Hui San di Menara MPBP, Jalan Rugayah di sini, semalam.
Semalam, kilang terletak di kawasan perindustrian Sri Gading di sini, menutup operasi melalui satu memo yang ditampal pada kain rentang di pagar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: