
XL Holdings Bhd telah memeterai perjanjian untuk mengambil alih 34 cawangan Giant Mini di kawasan Lembah Klang dengan harga RM15 juta, yang menandakan kemasukannya ke dalam segmen peruncitan kedai kemudahan.
Syarikat itu menyatakan bahawa anak syarikat milik penuhnya, XL Retail Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian pembelian aset tersebut dengan Jutaria Gemilang Sdn Bhd, petik The Edge Malaysia.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, XL Holdings menjelaskan bahawa langkah ini merupakan satu pempelbagaian strategik ke dalam segmen peruncitan.
Syarikat tersebut berkata, “Cadangan pengambilalihan ini akan menyediakan aliran pendapatan tambahan dan mengurangkan pergantungan kepada perniagaan teras sedia ada kumpulan, di samping berfungsi sebagai platform untuk pengembangan masa depan dalam segmen peruncitan”.
Pengambilalihan ini dijangka selesai menjelang 31 Mei dan bakal menyumbang secara positif kepada perolehan masa depan XL…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: