Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan penyertaan sulungnya dalam Ironman Malaysia di Langkawi dalam tempoh 13 jam 13 minit walaupun terpaksa menahan kesakitan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengalami kecederaan apabila basikal yang ditunggangnya terbalik selepas melanggar dahan pokok tumbang ketika beraksi dalam disiplin berbasikal.
Baca Juga:
Namun begitu, ia tidak menghalang beliau menghabiskan ketiga-tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 kilometer (km), berbasikal sejauh 180km serta larian sejauh 42.2km.
“Sebelum kejadian, hujan lebat berserta ribut telah menyebabkan pokok berkenaan tumbang dan menghalang keseluruhan laluan jalan raya… masa itu, saya sedang lakukan disiplin berbasikal dan ada seorang atlet di sebelah kanan saya.
“Pada masa sama, ada kereta yang lalu di situ, jadi takkan saya hendak tolak atlet berkenaan. Masa itu juga laluan menurun dan kelajuan dalam 30 kilometer per jam, jadi memang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: