Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Umum diketahui para penonton tidak dibenarkan merakam di dalam pawagam. Malah, perkara ini turut diumumkan sekali lagi sebelum sesebuah filem bermula. Merakam babak dalam wayang sememangnya menyalahi akta dan bakal dikenakan tindakan.
Artikel Berkaitan:
Di sebalik usaha pelbagai pihak lebih sedekad ini memaklumkan isu larangan merakam, masih terdapat individu yang berdegil serta memilih untuk merakam. Lebih parah, rakaman yang dibuat dikongsikan secara terus untuk tontonan umum di TikTok.
Terbaharu, tular sebuah insiden menerusi perkongsian Twitter @4hmadsaf1q92 yang menyaksikan seorang wanita dengan penuh selamba merakam babak sebuah filem. Meskipun sudah ditegur mengenai tindakan yang dilarang tersebut, wanita ini seolah berdegil untuk membuang rakaman yang dibuat.
Kawan aku kerja wayang, ada orang terang terangan rekod dalam wayang. Lepas tu buat muka tak bersalah 💩💩
Sial jugak perempuan ni, korang tgk la lagak dia tu.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
