Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Nasional

Syor naik harga lantai padi RM1,500 dibawa ke mesyuarat Naccol

today14 March 2024

Background


Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan berbanding RM1,200 digunakan sejak 2014.

PETALING JAYA: Pasukan Petugas (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Negara bagi Kos Sara Hidup (Naccol) akan mengesyorkan harga lantai padi dinaikkan kepada RM1,500 per metrik tan berbanding RM1,300 ketika ini.

Ketuanya Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata perkara itu akan dicadang pada mesyuarat Naccol pada 20 Mac ini yang turut dijangka menentukan harga kawalan beras.

Menurutnya, syor itu mengambil kira faktor jika kerajaan meluluskan harga beras putih Madani pada harga RM30 setiap 10 kilogram (kg) yang membolehkan pengilang mampu membeli pada harga lantai RM1,500 setiap tan padi daripada petani.

“Kami juga mencadangkan RM200 diberikan sebagai subsidi kepada petani untuk setiap tan padi bagi membolehkan mereka menampung kos pengurusan. Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post