Pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mempamerkan semanga juang serta disiplin tinggi untuk membawa mereka ke pentas final BWF World Tour Finals 2024.
Berdepan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang merupakan bekas pasangan ranking nombor satu dunia jelas memberikan kesukaran buat Sze Fei dan Izzuddin.
Baca Juga:
Ia jelas dapat disaksikan apabila gandingan dari Indonesia itu mempamerkan aksi kemas walaupun diberikan tentangan sengit pada set pertama untuk meraih kemenangan 21-17.
Tidak mahu terus dikecewakan, pasangan ranking ketujuh dunia itu memperkemaskan aksi dan mendahului lawan dengan selesa pada kedudukan 15-10.
Keyakinan semakin meningkat untuk Sze Fei-Nur Izzuddin mencuri set kedua dengan kemenangan 21-16 sekali gus mengheret aksi ke set penentuan.
Set ketiga jelas memperlihatkan drama yang cukup mendebarkan apabila mereka bangkit daripada ketinggalan jauh dan pada penghujung permainan Fajar-Rian Ardianto sudah memegang mata akhir…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
