Menerusi laporan Sinar Harian, perlawanan sengit di Vantaan Energia Areena itu menunjukkan pasangan negara yang berada di kedudukan kelapan dunia tersebut terlebih dahulu bermula goyah apabila tewas 15-21 pada set pertama.
Namun, mereka bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua untuk melakar kemenangan 21-15 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.
Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan aksi konsisten mereka apabila melakar kemenangan 21-19 untuk menundukkan Astrup-Rasmussen yang juga pilihan kedua kejohanan berstatus Super 500 itu.
Kemenangan itu juga membolehkan mereka membalas dendam ke atas Astrup-Rasmussen selepas tewas di Masters Malaysia Mei lalu dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasangan berkenaan.
Gandingan negara yang keluar dari naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sejak 1 September lalu itu sebelum ini pernah menjuarai Terbuka Jepun dan Terbuka China.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
