Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Sze Fei-Nur Izzuddin Tewaskan Pasangan Handalan Korea Untuk Ke Final

today6 June 2026

Background
Terbuka Indonesia 2026: Sze Fei-Nur Izzuddin Tewaskan Pasangan Handalan Korea Untuk Ke Final


Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi selepas berjaya melangkah ke pentas final dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2026.

Lebih manis kemenangan itu hadir selepas mereka mengejutkan pasangan ranking pertama dunia, Seo Seung Jae-Kim Won Ho pada aksi separuh akhir yang berlangsung tadi.

Kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila Sze Fei-Nur Izzuddin terpaksa menghadapi aksi tiga set sebelum berjaya menundukkan pasangan unggul dari Korea Selatan itu.

Gandingan negara itu bermula dengan baik selepas menang 21-18 pada set pertama, namun Seung Jae-Won Ho tampil lebih bertenaga pada set kedua untuk menang 21-17 bagi mengheret aksi ke set penentuan.

Tuah akhirnya memihak Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang mengesahkan kemaraan ke final dengan kemenangan 21-16.

Menanti mereka di final esok adalah pasangan Indonesia dimana Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang akan bertemu dengan rakan senegara, Raymond…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post

Sukan

Team Vamos layak ke MSC

Kuala Lumpur: Team Vamos muncul pasukan kedua negara berjaya melayakkan diri ke Piala Pertengahan Musim (MSC) pada Piala Dunia E-Sukan di Riyadh, Arab Saudi, selepas mara ke Grand Final Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang Malaysia (MPL MY) Musim Ke-17, hari ini.

today6 June 2026