Gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani melakar sejarah baharu dalam karier mereka selepas berjaya menggungguli Kejohanan Badminton Terbuka China 2024, sebentar tadi.
Lebih manis kejayaan hebat itu dilakarkan selepas menundukkan pasangan tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi yang berlangsung di Changzhou Olympic Sport Centre.
Ia merupakan kejuaraan sulung buat Sze Fei dan Nur Izzudin dalam kejohanan berstatus Super 1000 dianjurkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF).
Pada 25 Ogos lalu, pasangan negara itu menjuarai saingan Super 750 selepas menjuarai Terbuka Jepun hasil kemenangan ke atas juara dunia, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.
Menghadapi cabaran lawan yang mendapat sorakan padu penyokong tuan rumah, Sze Fei-Nur Izzudin sedikit berdepan masalah yang menyaksikan mereka tunduk 13-21 pada set…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: