PETALING JAYA – Ta Win Holdings Bhd. (Ta Win) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Ta Win Innotech Sdn. Bhd. memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan BRB Properties Sdn. Bhd. untuk pengambilalihan tanah perindustrian berstatus pajakan bersama bangunan kilang di West Port, Pelabuhan Klang pada penilaian RM35 juta.
Harga pasaran tanah berkeluasan 1.6 hektar itu dinilaikan pada RM33.5 juta.
Melalui jumlah luas binaan 150,000 kaki persegi (14,000 meter persegi), cadangan pemerolehan tersebut, akan membolehkan Ta Win menggandakan jumlah kapasiti pengeluarannya sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh jangka sederhana hingga panjang bagi memenuhi permintaan untuk rod dan wayar tembaga.
Tanah tersebut yang terletak di lokasi strategik berdekatan Pelabuhan Klang juga bakal meningkatkan kecekapan logistik dan mengoptimumkan kos.
Pengarah Urusan Kumpulan Ta Win, Datuk Seri Ngu Tieng Ung berkata, permintaan kukuh untuk kenderaan elektrik dijangka terus diterjemahkan kepada permintaan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: