Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Taaveekun Agro Thai peroleh sijil Q Shop daripada Jabatan Pertanian Thailand

today5 December 2024

Background


KUALA LUMPUR – Kumpulan Taaveekun melalui anak syarikatnya, Taaveekun Agro Thai telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pertanian Thailand untuk pusat jualan milik syarikatnya di Hatyai, Thailand.

Pusat jualan tersebut memperoleh sijil Q Shop untuk Projek Kedai Faktor Pengeluaran Pertanian Berkualiti.

Pengasas dan Presiden syarikat, Md. Fadzilah Ariffin berkata, melalui sijil Q Shop yang diterimanya itu sekali gus akan menaik taraf pusat jualan atau kedai untuk menjual baja berkualiti tinggi yang boleh dijadikan penyelesaian terbaik kepada masalah petani dari segi pengeluaran.

“Syarikat juga akan diberi maanfat daripada aspek pene­rimaan maklumat tentang pembaharuan lesen sebelum lesen tamat, analisis sampel produk percuma untuk pemeriksaan awal dan simbol Q-Shop sebagai jaminan kualiti,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Kumpulan Taaveekun turut melakar sejarah apabila dipilih sebagai penerima Pencapaian Kecemerlangan Profesional di Indonesia yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post