Media Prima mengaktifkan semula ‘Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima’ bagi membolehkan individu dan organisasi yang prihatin, memberi sumbangan dalam meringankan penderitaan dihadapi oleh orang awam yang terperangkap dalam konflik politik berterusan di Palestin.
Baca juga: OHBULAN! Lancar Kempen ‘Besties, Pape Roger’, Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia!
TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN

Susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin, Media Prima berkata, tabung itu bertujuan mengumpul sumbangan orang ramai untuk membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas dalam zon konflik.
“Media Prima amat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Pengaktifan semula ini bertujuan menggalakkan sumbangan orang ramai kepada tabung bagi menyediakan bantuan kecemasan.
“Bantuan kecemasan antaranya membabitkan bekalan dan perkhidmatan perubatan, bekalan makanan dan keperluan asas kepada komuniti yang terperangkap dalam krisis itu,” katanya menerusi satu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
