Tabung solidariti yang dilancarkan bagi membantu pasukan Selangor FC kini telah mencecah RM66,252.02 bakal diserahkan kepada pasukan pada hari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan menyerahkan kutipan tabung yang dilancarkan di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor sekaligus meringankan beban pasukan yang baru-baru ini dikenakan denda oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Tabung solidariti itu sebelum ini dilancarkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bermula 26 Jun lalu dan kutipan menerusi tabung berkenaan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam ini.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi memaklumkan menerusi laman Facebook miliknya dimana jumlah sumbangan diterima untuk setakat jam 11 pagi tadi adalah RM66,252.02.
“Untuk makluman, jumlah sumbangan yang telah diterima untuk Tabung Solidariti Bersama Selangor FC bermula dari 26 Jun hingga setakat jam 11.00 pagi ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
