Koeman tak panik jumpa Romania
Munich: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman menolak untuk melakukan perubahan besar pada pusingan 16 terakhir menentang Romania, tengah malam esok.
Munich: Jurulatih Belanda, Ronald Koeman menolak untuk melakukan perubahan besar pada pusingan 16 terakhir menentang Romania, tengah malam esok.
Blankenhain: UEFA akan melakukan siasatan disiplin terhadap gaya yang dibuat oleh Jude Bellingham selepas dia menjaringkan gol menerusi tendangan akrobatik menakjubkan untuk memastikan England meneruskan perjuangan di Euro 2024.
Blankenhain: Penjaga gol England, Jordan Pickford, berterima kasih kepada ‘dua bintang’, Jude Bellingham dan Harry Kane kerana menyelamatkan Three Lions daripada kekalahan memalukan di peringkat 16 terakhir Euro 2024 di tangan Slovakia.
Gelsenkirchen: Jurulatih Slovakia, Francesco Calzona melahirkan rasa bangga dengan pasukannya pagi tadi selepas mereka tersingkir daripada Euro 2024 kepada England dengan cara yang menyayat hati.
Cologne: Jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente berkata pasukannya mungkin menewaskan Georgia 9-1 ketika mereka mara ke suku akhir Euro 2024 untuk menentang tuan rumah Jerman.
Cologne: Rodri, Fabian Ruiz, Nico Williams dan Dani Olmo semuanya menjaringkan gol ketika Sepanyol bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Georgia 4-1 pada Euro 2024 sebentar tadi dan menetapkan aksi suku akhir yang hebat menentang tuan rumah, Jerman.
Minneapolis: Frederick Richard layak ke Sukan Olimpik pertamanya selepas kemenangan all around pada saingan ujian gimnastik Amerika Syarikat (AS), sekali gus berikrar skuad lelaki negara berkenaan mampu meraih ‘beberapa pingat di Paris’.
Berlin: Jurulatih Switzerland, Murat Yakin teruja dengan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas penyandang juara Itali pada Euro 2024 pagi tadi.
Dortmund: Pertahanan Jerman, Nico Schlotterbeck berkata, pasukannya ‘bermain dengan keriangan, bermain dengan keseronokan’ selepas kemenangan 2-0 ke atas Denmark untuk membawa tuan rumah Euro 2024 itu mara ke suku akhir.