99 Speedmart sumbang RM500,000 kepada YTPZ untuk manfaat kesihatan komuniti
Pasar raya serbaneka, 99 Speedmart terus memperkukuh komitmennya terhadap kesihatan komuniti melalui penyaluran sumbangan berjumlah RM500,000 kepada Yayasan Toh Puan Zurina (YTPZ) bagi tempoh lima tahun akan datang sehingga 2030.