Indonesia tolak atlet Israel sertai Kejohanan Gimnastik Dunia
Jakarta: Indonesia tidak akan mengeluarkan visa kepada atlet Israel untuk menyertai Kejohanan Dunia Gimnastik Artistik yang bakal berlangsung di Jakarta bulan ini, menurut seorang menteri pada Khamis, dengan alasan sokongan kukuh negara itu terhadap perjuangan Palestin.