Bekas kapten Syria digantung seumur hidup
Damsyik, Syria: Persatuan Bolasepak Syria menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup ke atas bekas kapten skuad kebangsaan negara itu, Ahmed Al-Saleh selepas dia menendang, mencerca dan meludah pengadil.