Al-Hafiz teruja balik kampung
ALOR SETAR: Pemain sayap lincah Al-Hafiz Harun berjanji memberi aksi terbaik selepas menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang disifatkannya sebagai pasukan yang mampu mencipta kejayaan pada aksi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.