Aira, Joachim sandaran di Kejohanan Remaja Dunia
Kuala Lumpur: Dua bintang muda meningkat naik, Joachim Chuah dan Aira Azman menjadi sandaran utama negara untuk mencipta kejayaan menerusi acara individu pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia yang membuka tirai esok hingga 23 Julai ini.