Aruwin tamat saingan dengan sempurna
Kuala Lumpur: Pujian harus diberikan kepada atlet ski alpine negara Aruwin Idami Salehhuddin apabila dalam penampilan pertamanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk dia berjaya menamatkan saingan dengan sempurna acara giant slalom apabila menduduki tempat ke-38 keseluruhan di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing. Selepas melepasi run 1 pada sebelah pagi, Aruwin sekali lagi berjaya memberikan persembahan sempurna di run 2 sebentar tadi tanpa sebarang kesilapan, terjatuh mahupun terbabas ketika melalui semua […]