Qistina dapat insentif tambahan selepas pecahkan 3 rekod kebangsaan
Ipoh: Atlet angkat berat wanita Perak, Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani yang memecahkan tiga rekod kebangsaan kategori 45 kilogram wanita pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak akan menerima insentif tambahan RM3,000 daripada kerajaan negeri.