Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

banjir

687 Results / Page 72 of 77

Buletin

Mangsa banjir di Johor mendadak, 28 PPS dibuka

Johor Bahru: Mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak kepada 1,780 mangsa daripada 500 keluarga dengan 28 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lima daerah, setakat jam 7 malam ini. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, daerah terjejas ialah Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat. Beliau berkata, peningkatan paling ketara berlaku di Kluang apabila mencatatkan peningkatan PPS kepada 12 berbanding hanya satu pada […]

today2 January 2021

Buletin

Banjir di Johor makin buruk

Johor Bahru: Banjir di negeri ini semakin buruk apabila empat daerah terjejas dan 1,000 penduduk daripada 274 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi Jumaat lalu. Banjir yang masuk hari kedua itu turut mengorbankan nyawa seorang wanita, Halijah Majid, 59, dari Kampung Contoh di Pekan Kahang, yang lemas selepas tergelincir ke dalam longkang besar di hadapan rumahnya ketika cuba keluar untuk ke PPS. […]

today2 January 2021

Buletin

PPS ketiga dibuka di Johor

Johor Bahru: Seramai 226 mangsa daripada 48 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir di Jalan Damai 8, Kampung Sentosa Damai, Masai, di Pasir Gudang, dekat sini, petang tadi. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang Timbalan Penguasa Bomba II Ibrahim Omar berkata, selepas menerima panggilan kecemasan 4.07 petang, pihaknya menggerakkan 15 anggota ke lokasi kejadian. Katanya, dua jentera, sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan dan... Klik […]

today1 January 2021

Buletin

Lebih 30 tan sampah terhimpun akibat banjir di Kemaman

Chukai: Gelombang keempat banjir yang melanda daerah ini sejak Khamis lalu meninggalkan lebih 30 tan sampah di kawasan terjejas. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Jusman Ibrahim berkata, pihaknya menjangkakan kerja-kerja pembersihan itu mengambil masa satu minggu untuk dibersihkan. Katanya, kerja-kerja pembersihan sudah dimulakan pada Ahad lalu dengan proses pembersihan itu membabitkan hampir 200 kakitangan MPK selain turut dibantu agensi lain seperti Jabatan Bomba dan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today24 December 2020

Buletin

Banjir: Terengganu kini dalam tempoh ‘bertenang’

Kuala Nerus: Selepas banjir gelombang keempat berakhir semalam, Terengganu kini berada dalam tempoh 'bertenang' dan cuaca diramalkan berkeadaan baik tanpa berlaku sebarang hujan lebat yang berterusan. Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu Rosli Zakaria berkata, tempoh 'bertenang' yang bermula semalam dijangka berterusan untuk beberapa hari. "Berdasarkan tinjauan kira-kira seminggu ke hadapan, tidak kelihatan tanda-tanda hujan lebat berterusan akan berlaku. Hujan masih dijangka berlaku... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today24 December 2020

Gaya Hidup

[VIDEO] Beria Main Air Banjir, Netizen Dekah Tengok Pak Cik Ini Terlangkup Macam Kura-Kura

Lebih-lebih lagi di kawasan kampung, di mana air banjir cepat naik dan rumah mudah ditenggelami air kerana berdekatan dengan sungai.Jadi, tidak hairanlah kalau kita nampak ramai yang seronok bermain air banjir walaupun ditimpa musibah.Sama seperti video yang tular di laman aplikasi TikTok baru-baru ini apabila seorang pengguna telah memuat naik video seorang lelaki yang sedang seronok bermain air banjir.Namun belum sampai 10 saat, lain pula yang jadi sehingga video itu […]

today23 December 2020

Buletin

Banjir Terengganu makin pulih | Harian Metro

Kuala Terengganu: Mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 185 orang daripada 51 keluarga. Sehingga jam 8 pagi tadi, semua mangsa masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu masing-masing dua di Kemaman dan empat di Dungun. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, seramai 39 mangsa daripada lapan keluarga ditempatkan di dua PPS di daerah Kemaman iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai dan […]

today23 December 2020

Buletin

Banjir di Terengganu kian pulih

Kuala Terengganu: Banjir di Terengganu beransur pulih apabila lebih ramai mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing secara berperingkat. Sehingga 10 malam tadi, seramai 1,307 mangsa daripada 343 keluarga ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman dan Dungun. Berbanding petang tadi, seramai 4,139 mangsa daripada 991 mangsa ditempatkan di 27 PPS di daerah sama. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman... Klik untuk […]

today21 December 2020