Syarikat penguji semikonduktor Korea Selatan labur RM204 juta di Perak
Pembukaan kilang pertama syarikat pakar pengujian semikonduktor dari Korea Selatan, K-Test Co. Ltd. (K-Test) di Perak dengan nilai pelaburan kira-kira RM204 juta (AS$50 juta) akan memperkukuh ekosistem industri elektrik dan elektronik (E&E) di negeri ini.