Mabella belum pulih, terlepas aksi suku akhir pertama Piala Malaysia
Kuala Nerus: Harapan peminat Terengganu FC (TFC) untuk melihat penyerang import, Yann Mabella beraksi pada perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia, Jumaat ini, terpaksa dilupakan apabila pemain itu masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.