Belajar Pemakanan Seimbang, Asas Dapur & Teknik Profesional – Bengkel MAGGI® Angkat Potensi Chef Muda
Selepas melabuhkan tirai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC) 2025, lima pasukan pemenang pertandingan ini diberi peluang istimewa menyertai MAGGI® MSSCC Cooking Workshop. Bengkel memasak eksklusif tersebut berlangsung di MAGGI® Kitchen, Surian Tower baru-baru ini. Bengkel ini dianjurkan sebagai kesinambungan perjalanan pembelajaran MSSCC, memastikan pelajar bukan saja mahir memasak untuk pertandingan, tetapi benar-benar memahami asas dapur dan